BAGAIMANA SET KAZZPONIK DAPAT MEMBANTU DALAM KEMELESETAN EKONOMI?
Pertama sekali yang anda perlu tahu tentang set Kazzponik ini adalah apakah sumbangan yang telah Syarikat Kazz Hidroponik beri secara tidak langsung kepada anda, dan ekonomi negara.
1.Set Kazzponik menjimatkan perbelanjaan dapur anda.
Ramai yang tidak tahu bahawa sebahagian daripada wang kita dihabiskan untuk membeli barangan untuk dapur. Purata perbelanjaan sayur yang dihabiskan sehari menurut kajian adalah sebanyak RM4.00. Ini termasuk untuk makan tengahari dan makan malam. Jika yang bekeluarga, jumlah itu pastinya lebih daripada itu. Jadi, jika dikira perbelanjaan untuk sebulan, ianya boleh mencecah RM120.00. Manakala untuk setahun, ianya boleh mencapai RM1440.00. Itu Cuma untuk perbelanjaan sayur-sayuran sahaja. Jika dicampur dengan barangan dapur yang lain, seperti gula, garam, minyak, buah-buahan, serta bahan-bahan masakan lain jumlah itu pasti lebih banyak dari yang dijangka.
Justeru itu, dengan menanam sendiri di rumah, anda boleh menjimatkan 30% perbelanjaan dapur anda. Misalnya dengan menanam sendiri cili menggunakan kaedah ini, anda tidak perlu lagi membeli cili di pasar. Buah-buahan seperti tembikai juga pernah ditanam menggunakan kaedah ini dan ternyata ianya membuahkan hasil yang memuaskan. Jadi, cubalah set Kazzponik untuk menanam buah-buahan kegemaran anda sendiri tanpa perlu lagi membeli buah-buahan di pasar.
Berdasarkan kajian-kajian yang kami perolehi: Hampir 95% pengguna terlibat dalam pembelian terdesak. Kurang daripada 32% pengguna menggunakan dan menyediakan senarai belian sebelum membeli. Dalam pembelian terdesak yang tidak dirancang, barang yang dibeli adalah tidak termasuk dalam kategori penting ataupun menjadi keperluan kepada pembeli tersebut. Jadi, kemungkinan besar bahawa barangan yang dibeli melebihi perbelanjaan yang sepatutnya. Sekiranya anda membeli sayur-sayuran dalam keadaan terdesak tanpa perancangan pastinya anda terbeli sayur-sayuran yang tidak termasuk dalam menu harian anda. Ini pastinya menyebabkan pembaziran secara tidak langsung. Dengan Set Kazzponik ini, anda sudah tahu sayuran apa yang anda inginkan dan Cuma perlu menuainya di depan dengan mudah.
Pengguna biasanya membayar bil-bil yang diterima sebelum pergi membeli belah. Bagaimana sekiranya bil-bil yang dibayar itu melebihi perbelanjaan dapur anda, tentunya anda terpaksa menghadkan perbelanjaan dapur anda pula. Justeru dengan adanya Set Kazzponik ini, anda tidak perlu risau lagi kerana sebahagian daripada perbelanjaan dapur anda telah dijimatkan dengan penanaman sayuran sendiri di rumah. Jika hendak dikira pada kos yang terlibat untuk membeli Set Kazzponik ini, ia tidaklah memakan kos yang tinggi jika dibandingkan dengan tanaman tanah.
Ianya kerana baja hidroponik yang terdapat dalam set ini boleh digunakan untuk 10 kali tanaman dan ianya ternyata menjimatkan. Jika pertama kali anda membeli set ini, anda boleh menanam tanaman kegemaran anda 10 kali. Sekiranya baja hidroponik tadi sudah habis, ianya boleh dibeli semula dan Cuma memakan kos sebanyak RM20.00 sahaja. Pertama kali anda membeli set Kazzponik ini, anda Cuma perlu membayar RM45.00 untuk satu set. Selepas sebulan lebih anda sudah boleh mendapatkan hasil tanaman dan satu set takungan boleh menghasilkan 1,500 gram sayuran.
2.Set Kazzponik menjamin kesihatan anda.
Bagaimana kami begitu pasti untuk memberi jaminan kepada kesihatan anda? Kami ada bukti yang menunjukkan set Kazzponik ini adalah baik untuk kesihatan terutamanya dari segi penggunaan baja dan racun. Baja hidroponik yang digunakan untuk set Kazzponik ini merupakan pengalaman pemilik Kazz Hidroponik dalam bidang agriculture ini. Beliau telah mengkaji dan menemui formula yang tidak akan memberi kesan yang buruk kepada alam sekitar.
Tahukah anda? Kebanyakkan makanan yang kita makan hari ini adalah tercemar. Malah sayur-sayuran dan buah-buahan yang selalu dibeli dipasar tidak lagi terjamin kualiti dan kebersihannya kerana kebanyakkan logam berat seperti Kadmium terdapat dalam sayur-sayuran dan buah- buahan (dari tanah). Kesannya, ia membantut perkembangan pemikiran dan fizikal terutama pada kanak-kanak. Jika dari kecil lagi kanak-kanak memakan sayur-sayuran dan buah-buahan yang telah tercemar, bayangkan apa yang akan terjadi padanya apabila besar kelak.
Ianya adalah disebabkan oleh penggunaan racun serangga oleh para petani mahupun pengusaha ladang dan kebun. Secara tidak langsung, penggunaan racun serangga tersebut telah menyebabkan pencemaran tanah serta mengurangkan kualiti tanah Pencemaran tanah ini juga telah menyebabkan haiwan di bawah tanah ataupun apa-apa sahaja hidupan di bawah tanah. Ini kerana racun serangga yang disembur masuk dan berkumpul di dalam tanah akan membunuh haiwan-haiwan tersebut.
Bagaimana untuk mengelak daripada kesan pencemaran tanah? Set Kazzponik memberi kesan semulajadi kepada tanaman yang ditanam. Ianya tidak mencemarkan alam sekitar dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi seperti tanaman di atas tanah. Justeru itu, Kazzponik adalah peluang terbaik anda untuk mendapatkan jaminan kesihatan yang lebih baik.
3.Set Kazzponik memberi peluang untuk berniaga.
Kami juga menawarkan peluang perniagaan kepada sesiapa dengan menjadi pengedar bagi Kazz Hidroponik. Dengan adanya peluang begini kami berjaya mengurangkan masalah penggangguran di samping membantu para petani mendapatkan hasil yang lebih baik dalam pertanian mereka. Sekiranya menjadi pengedar, kami akan bekalkan anda dengan 13 set Kazzponik berserta dengan cd penanaman dan banting melalui pakej RM500.00. Banyak manfaat yang anda dapat dengan set Kazzponik ini contohnya jika anda menjual semula set Kazzponik ini, anda akan mendapat pulangan lumayan kerana pelanggan-pelanggan kami terdiri daripada seluruh masyarakat Malaysia. Kami akan namakan anda sebagai pengedar sekiranya terdapat pelanggan yang ingin membeli Set Kazzponik di kawasan berdekatan anda. Contohnya sekiranya anda tinggal di kawasan Selangor, pelanggan dari Kuala Lumpur dan Selangor akan kami rujuk kepada anda untuk membeli set Kazzponik ini.
Di Malaysia sahaja peluang pekerjaan telah terbuka kepada 35% penduduk Malaysia (melebihi 2 juta orang penduduk Malaysia untuk terlibat dalam pertanian). Justeru, dengan pengenalan set Kazzponik ini dapat membantu pengusaha pertanian untuk mencuba menanam menggunakan kaedah ini.
4.Set Kazzponik memberi hasil yang lebih baik kepada tanaman.
Percaya atau tidak kaedah menggunakan set Kazzponik ini berjaya menghasilkan tanaman 300% lebih cepat daripada tanaman menggunakan tanah. Kenapa? Kerana dengan nutrien daripada baja yang sedia ada disamping penggunaan air sebagai media pertumbuhan, tanaman menggunakan kaedah ini mampu membesar dengan cepat. Jika tanaman menggunakan tanah, biasanya para petani menghadapi masalah dari segi cuaca, dan kualiti tanah. Secara tak langsung masalah ini akan menjejaskan pengeluaran hasil tanaman.
Tanpa kita sedari, kebanyakkan para petani mengambil inisiatif mudah untuk menyuburkan tanaman dan mengelakkan serangan serangga dengan menyembur racun serangga yang memang terbukti menjejaskan alam sekitar dan kesihatan manusia. Justeru dengan set Kazzponik ini, hasil tanaman anda akan terjamin kebersihannya.
5.Set Kazzponik membantu ekonomi Negara.
Kenapa kami berani mengakui bahawa produk hidroponik ini membantu ekonomi negara? Tahukah anda bidang pertanian menyumbang kira-kira 45% daripada pendapatan negara. Keadaan semasa terutamanya ekonomi dunia yang mengalami kejatuhan baru-baru ini telah membuatkan ramai mengeluh. Justeru itu berbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan Malaysia termasuk mengurangkan import bahan makanan dari luar negara demi mengurangkan perbelanjaan negara. Apa pula sumbangan Kazz Hidroponik dalam bidang ini? Sebenarnya kami membantu para petani dari segi pertanian komersil untuk mendapatkan hasil tanaman yang lebih cepat membesar dan bersih. Misalnya dengan memberi peluang kepada para petani tempatan untuk mencuba set Kazzponik ini, para petani boleh menanam tanaman komersil seperti cili, pegaga, lobak, tembikai, pisang dan sebagainya. Jadi, dengan pengenalan kepada kaedah ini kepada para petani, negara kita dapat meningkatkan hasil pengeluaran hasil tanaman dan boleh digunakan untuk dieksport ke luar negara.
Ini fakta-fakta berkenaan kepentingan bidang pertanian kepada ekonomi Malaysia yang secara tidak langsung memberi manfaat kepada Kazz Hidroponik Domestik. Pertanian juga menyebabkan Malaysia menjadi pengekspot utama bagi getah dan minyak kelapa sawit dunia. Membekalkan bahan makanan seperti beras, sayur-sayuran, buah-buahan, kopi dan sebagainya.
Hampir 1/4 daripada pertukaran wang asing datangnya daripada hasil pertanian (hasil ekspot kelapa sawit, getah, lada hitam, nanas, kelapa kering). Pertanian menggalakkan perkembangan sektor industri pemprosesan hasil pertanian. Mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan penduduk Malaysia terutamanya di kawasan luar bandar.
6.Set Kazzponik mengurangkan kadar penggunaan tanah dan menjimatkan ruang.
Jika dahulu, ramai yang berfikir sukar untuk menanaman sendiri di rumah kini masalah itu dapat kami atasi dengan memperkenalkan set Kazzponik ini. Apa yang jelas, kami dapat mengatasi masalah ketiadaan tanah terutamanya bagi masyarakat di kawasan bandar. Masyarakat di bandar juga boleh bertani menggunakan kaedah ini dengan hanya meletakkan set Kazzponik ini di balkoni,berandah, ataupun di mana-mana kawasan rumah. Bagi masayarakt urban yang tinggal di flat, kondominium, pangsapuri dan sebagainya pastinya mereka tidak mempunyai ruang untuk bercucuk tanam. Jadi, set Kazzponik ini adalah amat sesuai bagi mereka.
DISAMPING MENJIMATKAN SET KAZZPONIK JUGA BOLEH MEMBANTU KESIHATAN KELUARGA ANDA,IA JUGA MEMBERI ANDA PELUANG UNTUK MENCEBURI DUNIA PERNIAGAAN PERTANIAN.
APA YANG ANDA TUNGGU LAGI? HUBUNGI KAMI UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT LAGI DI: 012 - 460 2318 / 017 - 508 0854 En. Nasir Tel/fax : 04-398 7510 - Cik Sue (PEJABAT) EMAIL: mnasir2020@gmail.com
Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID Khatijah Surif dan suami, Ahmad Yahya .
MELAKA 4 Nov. - Ketika keadaan ekonomi tidak menentu dan kuasa membeli pengguna yang semakin mengecil, pelbagai cara dilakukan untuk berjimat cermat terutamanya melalui cara bercucuk tanam untuk kegunaan isi rumah.
Saranan kepada rakyat supaya berbudi kepada tanah diterjemahkan menerusi Kempen Bumi Hijau di setiap kampung-kampung di semua daerah di seluruh negara. Namun seperkara yang sering disebut-sebut ketika kegawatan ekonomi melanda negara kira-kira 10 tahun lalu, iaitu tanaman kaedah hidroponik mungkin wajar dihidupkan semula.
Pemilik syarikat pembekal utama bagi produk hidroponik, Khatijah Surif, 42, berkata, kaedah hidroponik wajar dihidupkan semula dalam konteks untuk berjimat cermat terutamanya untuk kegunaan isi rumah.
“Kaedah hidroponik sebenarnya sangat sesuai diamalkan sekarang kerana kosnya yang semakin rendah berbanding 10 tahun lalu ditambah pula dengan harga barangan yang semakin meningkat. “Paling penting, kaedah hidroponik lebih cepat, mudah, selamat, bersih dan segar untuk dimakan,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.
Tambahnya kaedah hidroponik kini juga mendapat sambutan semula di kalangan rakyat setelah menyedari keberkesanannya menghasilkan tanaman sayuran lebih cepat berbanding tanaman menggunakan tanah. “Berbanding tanaman menggunakan tanah kaedah hidroponik 300 peratus lebih cepat dan mesra pengguna.
SAYURAN
“Tidak kira tua atau muda, sakit atau sihat semuanya boleh mengendalikan tanaman menggunakan kaedah hidroponik kerana tidak perlu menggunakan cangkul atau bermandikan peluh untuk mendapatkan hasilnya,” katanya.
Tambahnya, kaedah hidroponik bukan sahaja sesuai untuk semua jenis sayur-sayuran dan herba malah juga pokok berbuah seperti lobak, tembikai dan pisang. “Tanaman sayuran seperti kangkung cuma mengambil masa tiga minggu sebelum boleh dimakan berbanding ditanam di tanah yang mengambil masa lebih sebulan.
“Bayangkan, betapa mudahnya untuk mendapatkan sayuran yang ditanam dan membesar di hadapan mata di atas meja di rumah sendiri,” katanya.
Menceritakan kos permulaan kaedah hidroponik, Khatijah berkata, modal permulaan yang diperlukan untuk kegunaan enam sekeluarga seisi rumah cuma RM45.
“Dengan bayaran itu, mereka sudah boleh memperoleh satu set takungan tanaman hidroponik berserta benih tanaman, contohnya benih sawi yang boleh digunakan untuk 10 kali tuaian.
“Satu set takungan boleh menghasilkan 1,500 gram sawi dalam masa empat minggu dan tanaman boleh dilakukan dengan amalan 3T, iaitu tanam, tinggal dan tuai,” katanya.
Tambahnya, walaupun negara semakin bergerak maju, golongan muda perlu memikirkan betapa sektor pertanian rakyat ini berpotensi sebagai industri yang dinamik.
“Budaya bertani dan bermandi peluh tidak menjadi amalan melalui kaedah hidroponik dan ia tidak seharusnya dianggap sebagai satu pekerjaan yang terbelakang.
“Kaedah hidroponik tidak saja sesuai bagi menanam pelbagai jenis sayur-sayuran berdaun, tetapi juga amat memberangsangkan pertumbuhan bagi tanaman sayur-sayuran dari jenis yang berbuah,” katanya yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang hidroponik.
Buktinya, katanya, melalui penyelidikan yang dilakukan di premisnya di Bazar Mydin 24 Jam Melaka Sentral di sini, hampir kesemua jenis sayur-sayuran berbuah mengeluarkan buah yang lebat dan subur melalui kaedah penanaman hidroponik itu.
“Tanaman seperti petola, tomato, terung, timun, kacang panjang, bendi, dan cili juga didapati serasi serta amat sesuai ditanam secara hidroponik
“Formulasi baja cecair yang saya hasilkan sendiri juga terbukti dapat menyelesaikan masalah jentik-jentik yang hidup dalam takungan dengan membela ikan yang akan memakan jentik-jentik tersebut,” katanya.
Tambahnya, dia akan terus melakukan penyelidikan bagi meningkatkan lagi hasil percubaan menanam sayur-sayuran berbuah secara hidroponik supaya teknologi tersebut dapat diperkenalkan secara meluas terutamanya kepada golongan surirumah.
“Ini kerana untuk menanamnya tidaklah sesukar mana sehinggakan kanak-kanak pun boleh melakukan kegiatan menanam menggunakan kaedah 3T itu,” katanya.
Justeru, katanya, soal kesibukan tugas seharian tidak boleh dijadikan alasan oleh sesiapapun untuk menjauhi kegiatan berkebun mengikut kaedah moden itu, terutama menanam sayur-sayuran bagi kegunaan sendiri.
“Dengan teknik penanaman hidroponik, pada bila-bila masa, sama ada siang atau malam kita boleh menjalankan kegiatan tersebut mengikut kesesuaian masa masing-masing.
“Seseorang yang ingin menanam sayur- sayuran mengikut kaedah moden ini hanya perlu menyemai benih sayur yang disukainya dalam set hidroponik,” katanya.
Tambahnya, selepas 20 hingga 40 hari, mengikut jenis sayur yang ditanam, mereka bolehlah menuai hasilnya untuk dijadikan hidangan sekeluarga dan dengan cara itu semua isi rumah akan mendapat bekalan sayur segar tanpa perlu lagi membelinya dari pasar.
Ini bukan saja menjimatkan perbelanjaan dapur serta menjamin bekalan sayur yang bersih, malah juga memberi kepuasan kepada mereka yang menanam tanaman berkenaan.
HIDROPONIK merupakan metode bercocok tanam tanpa tanah. Bukan hanya dengan air sebagai media pertumbuhannya, seperti makna leksikal dari kata hidro yang berarti air, tapi juga dapat menggunakan media-media tanam selain tanah seperti kerikil, pasir, sabut kelapa, zat silikat, pecahan batu karang atau batu bata, potongan kayu, dan busa.
Mungkin, bagi sebagian besar orang tidak akan percaya di antara ratusan tomat yang dimakan tidak tumbuh di atas tanah melainkan di air. Seperti percobaan yang yang dilakukan salah satu bapak hidroponik, Dr.W.F.Gericke dari Universitas California pada tahun 1930-an. Latar belakang Gericke meneliti sistem hidroponik ini, karena ia melihat luas tanah di sekelilingnya terasa semakin menciut untuk ditumbuhi berbagai tanaman.
Hasil penelitiannya yang mudah dan praktis ini pun cepat diketahui se-antero Amerika. Bahkan tentara-tentara Amerika yang dinas di pulau-pulau gersang dan terisolasi pun ikut menumbuhkan tanaman sayuran di ruang tertentu dengan menggunakan sistem hidroponik. Begitu pula di Jepang, yang didirikan segera setelah Perang Dunia II berakhir untuk persediaan makanan bagi tentara pendudukan Amerika.
Sejak saat itu, banyak dibuat unit hidroponik yang berskala besar di Meksiko, Puerto Rico, Hawaii, Israel, Jepang, India, dan Eropa. Dan lebih kompleks lagi, hidroponik dijadikan sebagai bisnis besar dan diselenggarakan projek riset terhadapnya, juga banyak berdiri perusahaan-perusahaan yang menaruh perhatian pada bidang bercocok tanam paling logis di bumi dengan penduduk yang terus bertambah.
Menurut Nicholls (1986), semua ini dimungkinkan dengan adanya hubungan yang baik antara tanaman dengan tempat pertumbuhannya. Elemen dasar yang dibutuhkan tanaman sebenarnya bukanlah tanah, tapi cadangan makanan serta air yang terkandung dalam tanah yang terserap akar dan juga dukungan yang diberikan tanah dan pertumbuhan. Dengan mengetahui ini semua, di mana akar tanaman yang tumbuh di atas tanah menyerap air dan zat-zat vital dari dalam tanah, yang berarti tanpa tanah pun, suatu tanaman dapat tumbuh asalkan diberikan cukup air dan garam-garam zat makanan.
Manipulasi yang dapat dilakukan selain perlakuan di atas adalah pengontrolan. Dengan perawatan rutin (sehari hanya memakan waktu maksimal 20 menit), kita dapat menikmati bermacam buah-buahan, sayur-sayuran, dan rempah-rempah tanaman obat.
Metode hidroponik “mengizinkan” orang-orang yang tinggal di rumah dengan halaman yang sempit dan juga mahasiswa yang bertempat di tempat kos untuk menikmati buah dari tangan dingin di tempat sendiri. Karena, ya… itu tadi, tidak perlu tanah! Keuntungan yang diperoleh pun cukup berlimpah. Pada bidang tanah yang sempit dapat ditumbuhi lebih banyak tanaman dari yang seharusnya. Lantas hasil tanaman buah dapat menjadi lebih masak dengan cepat dan lebih besar. Air dan pupuk dapat lebih awet karena dapat dipakai ulang. Nicholls (1986) menambahkan pula, hidroponik memungkinkan kita untuk mengatur tanaman lebih teliti dan menjamin hasil yang baik dan seragam.
**
SETELAH ribuan tahun manusia menetap di muka bumi, dan seiring waktu yang terus berjalan, dunia makin kecil dengan bertambahnya populasi bumi yang melaju cepat. Tidak dapat dibayangkan jika Tuhan tidak memberi kita otak atau akal… apa yang akan terjadi dengan dunia? Tanah makin sedikit, banyak yang dirombak untuk dibangun rumah-rumah masyarakat. Populasi tumbuhan pun semakin berkurang.
Di sisi lain, sekarang sedang maraknya bioteknologi di berbagai bidang, salah satunya bidang pertanian. Setelah melakukan berbagai penelitian, bioteknologi merupakan satu jalan menuju kesejahteraan manusia mengingat lahan pertanian Asia yang semakin kecil. Adapun tanaman-tanaman yang berhasil dimutasikan gennya (transgenik) adalah kapas, jagung, buah-buahan yang memang menjadikan kualitasnya lebih baik, tahan hama penyakit, dan hasilnya pun lebih banyak. Namun bioteknologi tidak semulus kelihatannya, banyak pihak, terutama dari perkumpulan lingkungan hidup semacam Greenpeace, percaya tanaman transgenik justru akan mengembangkan virus penyakit yang lebih kebal.
Adanya bahaya hipotetik pada tanaman kapas, dan seperti yang dikatakan Setyarini (2000), jagung transgenik akan dimakan hewan unggas. Dalam rantai makanan, unggas tersebut akan dimakan manusia. Yang sangat dikhawatirkan adalah dalam unggas tersebut terdapat genetically modified organism (GMO) yang efeknya cukup riskan dalam tubuh manusia.
Masalah lainnya adalah potensinya dalam mengganggu keseimbangan lingkungan antara lain serbuk sari jagung di alam dapat mengawini gulma-gulma liar, sehingga menghasilkan gulma unggul yang sulit dibasmi.
Meskipun tanaman transgenik memiliki kehebatan yang menakjubkan, berkualitas tinggi, kebal terhadap serangan hama hingga petani tidak perlu menyemprot pestisida, serta meningkatkan swasembada pangan tanaman, dan sebagainya, namun kita tetap harus mempertimbangkan kemungkinan besar lain, yang tidak kalah penting hingga berpengaruh terhadap keseimbangan alam dan kesehatan kita. Karena hal ini pun, sepertinya metode hidroponik merupakan alternatif paling aman. Dan mungkin hidroponik ini tidak akan menarik jika sistem tanah memiliki kualitas yang baik, konsisten, dan semua penanaman cukup berinteraksi dengan tanah.
Tinggal dalam apartemen yang paling kecil sekalipun tidak menutup kemungkinan kita dapat menanam bunga, buah, dan sayur-sayuran. Untuk mencapainya dapat dilakukan dengan sistem hidroponik dalam pot yang kecil-kecil. Intinya, saat ini bercocok tanam dengan hidroponik menjadi alternatif paling realistis jika hidup di kota.
Jika kita sudah menaruh perhatian untuk menumbuhkan tanaman dengan hidroponik, pengontrolan adalah hal yang penting dilakukan. Komposisi pupuk, pemberian insektisida yang cukup (meskipun tak perlu yang manjur, karena hama penyakit tanaman dari tanah tidak ada atau sedikit saja di media bukan tanah), kesterilan media dan pengairan secara teratur harus disorot. Namun pada hidroponik juga memiliki kelemahan, apalagi jika mengabaikan sistem pengontrolan. Menanam di udara terbuka mendatangkan persoalan baru yaitu kondisi cuaca yang selalu berubah.***PR-Kamis, 18 Nopember 2004
Sri Nurilla Fazari, Mahasiswa Departemen Biologi ITB.
Untuk para pengunjung dihuraikan serba sedikit kaedah hidroponik yang mungkin boleh dimanfaatkan bersama. Semuga kaedah ini akan dapat membantu anda memulakan hobi bercucuk tanam. Kaedah mudah ini tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak. Apa yang penting ialah minat, sedikit kesungguhan / ketekunan serta kesabaran. InsyaALLAH hasil akan dapat dinikmati dalam masa sekurang kurangnya 3 minggu hingga 5 minggu mengikut jenis sayur yang ditanam. Kami menamakan kaedah ini sebagai KAEDAH 3 T Kenapa?
Senangsaja, kerana ianya memerlukan 3 perkara asas:
PERTAMA - TANAM
KEDUA - TUNGGU
KETIGA - TUAI
PERALATAN DAN PETUA PENYEDIAAN KAEDAH HIDROPONIK 3T
PERALATAN asas HIDROPONIK
1) Takung Hidroponik (43x35x13cm) - samada siap pasang dari kedai alat perkebunan atau dibeli secara terus dari kami.
2) Penutup Takung (Polystyreen) - tebal lebih kurang 3cm
3) 8 biji Bakul Media - seperti bekas bunga telur plastik
4) Media : Benang/Span/Rockwool
5) Baja Hidroponik - cecair dan biji
6) Satu Cawan Penyukat Baja (250 ml)
7) Dua jenis Biji Benih - pilihan sendiri
*Untuk perhatian tuan-tuan dan puan-puan sekelian pihak kami membekal/mengedar/menjual set lengkap hidroponik adalah seperti diatas. Jika permintaan alatan berasingan seperti takung, polystyrene, bakul media dan media (benang) boleh juga dibeli secara berasingan dari kami jika perlu. Dengan sedikit usaha (Do-It-Yourself), kita boleh menyiapkan satu takungan yang lengkap dengan hanya membelanjakan sebanyak RM 45.00 sahaja (Hubungi kami untuk keterangan lanjut). Oleh itu, kenapa tidak cuba buat sendiri? Pasti menggembirakan.
PENYEDIAAN BAJA HIDROPONIK DAN CARA MENANAM
Bekas takungan yang siap diisi dengan benih sayuran
Petua Pertama
1. Masukkan air dalam bekas takungan separas 3 suku bekas atau lebih kurang 20 liter. Peringatan:* Jika air paip atau air dari tangki yang hendak digunakan untuk penyediaan larutan baja hidroponik, biarkan air tersebut didalam bekas takungan semalaman supaya bebas dari klorin. Air hujan juga boleh digunakan tetapi sebaik baiknya mengambil air itu selepas pertengahan hujan untuk mengelakkan daripada ianya mengandungi bahan-bahan asid /toksid yang boleh membantutkan tanaman. 2. Baja hidroponik kemudiannya dilarutkan didalam 5 liter air dan kacau hingga sebati.
Petua Kedua
1. Sediakan 20 liter air dan masukkan kedalam bekas takungan hidroponik. 2. Ceduk 500 ml larutan baja hidroponik yang dilarutkan tadi dengan cawan penyukat yang bersaiz 250 ml sebanyak 2 cawan dan campurkan kedalam takungan hidroponik yang diisikan dengan 20 liter air tadi. 3. Kacau hingga sebati. 4. Tutup takung dengan penutup takung yang disediakan. *Baki larutan baja yang telah dibancuh tadi hendaklah disimpan dalam bekas bertutup dan ia boleh digunakan untuk tanaman seterusnya. Jangan dedahkan kepada cahaya matahari.
Petua Ketiga
1. Media: Benang atau bahan yang boleh menyerap air diletakkan didalam bakul semaian sebagai media percambahan biji benih. 2. Tarik dan juntaikan benang tersebut melalui lubang dibawah bakul supaya menjadi sumbu lebih kurang 5 sm. untuk menyerap larutan baja hidroponik. Pastikan setengah cawan benang masih terdapat dalam cawan. 3. Celup atau rendamkan bakul yang berisi media tadi ke dalam air larutan baja untuk melembabkan media bagi memudahkan proses percambahan. 4. Masukkan bakul media di setiap lubang penutup takungan hidroponik. Pastikan sumbu benang terendam dalam air larutan baja hidroponik supaya ia dapat menyerap baja.
Petua Keempat
1. Memasukkan benih sayuran ke dalam bakul media 2. Masukkan 3 atau 4 biji benih diatas benang dalam setiap bakul media. Pastikan biji benih basah supaya senang bercambah. 3. Selepas 3 atau 4 hari, jika tidak berlaku percambahan, tukarkan dengan biji benih yang lain. Jika semua biji benih tersebut bercambah selepas 6 hari, tinggalkan cuma 2 pokok sahaja pada setiap bakul media bagi pertumbuhan seterusnya. Kini anda telah sedia untuk memulakan tanaman hidroponik.
Petua Kelima
1. Letakkan set hidroponik ditempat yang sesuai seperti ditepi rumah(koridor), beranda, patio, porch atau di bawah 'greenhouse' . 2. Pastikan ia mendapat cahaya matahari yang cukup sekurang-kurangnya separuh hari samada pagi atau petang. E3. lakkan daripada air hujan terus masuk kedalam takungan hidroponik kerana ia akan menganggu campuran larutan air dan baja.(Air yang berlebihan akan mengurangkan keberkesanan baja terhadap tumbuhan) .
Perhatian
1. Pastikan lubang bakul media ditutup rapat untuk mengelakkan kemasukan dan pembiakan nyamuk ke dalam bekas takungan.
2. Selepas 3 minggu atau bila air kelihatan berkurangan, tambahkan air (tanpa baja) ke dalam takung. Paras air mestilah tidak melebihi 1/2 daripada takung.
3. Oleh kerana jangkamasa matang bagi setiap jenis sayur berlainan, hanya satu jenis tanaman/benih bagi setiap takungan disyorkan.
Contoh: Jenis Sayuran Jangkamasa matang Kangkong 3 minggu Sawi 4 minggu Cili 6 minggu Bayam 4 minggu
4. Biarkan tanaman anda sehingga 4 ke 5 minggu untuk dipungut hasilnya mengikut jenis tanaman tanpa perlu menambahkan larutan baja dan menyiram.
5. Setelah dipungut hasil, basuh takungan, penutup dan bakul media. Gantikan benang dan gunakan semula baki larutan baja yang disimpan dahulu untuk penanaman baru Air baja yang telah digunakan boleh dicurah / disiram pada pokok bunga atau tanaman lain kerana masih ada lagi saki baki baja .
6. Jika larutan baja terlalu pekat, daun akan menjadi hijau tua, melengkung/kerinting, daun tebal dan rapuh. Jika larutan terlalu cair, pokok akan terencat / bantut dan lambat membesar, daun akan kekuningan nipis dan tidak melengkung. Bayam, Sawi dan Kailan mudah ditanam Sayuran ditanam secara berperingkat untuk bekalan yang berterusan
MASALAH YANG BIASA DIHADAPI
KEKURANGAN UNSUR PEMAKANAN TUMBUHAN
Disebabkan oleh : Suhu larutan nutrien yang meningkat. Suhu yang sesuai adalah diantara 25°C - 29°C Sumbu media tidak mencecah air baja.
GANGGUAN FIZIKAL KEPADA TUMBUHAN
Disebabkan oleh : Kedudukan tanaman yang tidak stabil / seimbang. Sokongan yang kurang kuat. Tiupan angin. Serangan ulat Kurang mendapat cahaya matahari.
Apa sekali pun, jika anda bertekun dan sering mengambil perhatian terhadap tanaman anda, insyaALLAH hasil yang membanggakan akan didapati akhirnya.
Untuk membeli satu set tersebut harga adalah seperti berikut : RM 45.00 manakala kos pengantaran sebanyak RM 13.00 melalui pos di semenangjung Malaysia dan RM 18.00 jika di Sabah & Sarawak
Untuk makluman berat satu set adalah kira-kira 1.33 kg. Sila semak kadar caj poslaju di http://www.pos.com.my/. Pembelian 5 unit dan keatas akan mendapat diskaun penghantaran sebanyak 50% (RM 5.00) untuk setiap set.
Sila pastikan alamat yang betul dan bukan alamat pos berdaftar. Sila berikan no transaksi / slip bank, Maybank / Maybank2u anda melalui email atau SMS setelah pembayaran dibuat untuk membolehkan penhantaran produk melalui POSLAJU dan masa 2-3 (semenanjung ) / 7 (sabah & sarawak) hari ke alamat anda.
DynaTech Solutions Enterprise adalah sebuah syarikat yang dikorporatkan pada 2008. Berdaftar dengan Kementerian Kewangan sebagai kontraktor bertaraf Bumiputera dalam bidang bekalan dan perkhidmatan berkaitan pertanian, penternakan dan perikanan.
Objektif penubuhan DynaTech solutions ialah memberi perkhidmatan dan membantu kepada pembangunan pertanian berasaskan teknologi terkini dengan kaedah tanaman secara pertanian moden terutamanya fertigasi dan juga hidroponik, melahirkan usahawan tani baru melalui program latihan yang ditawarkan, mewujudkan pusat sentralisasi hasil keluaran petani dan juga menawarkan khidmat nasihat kepada yang berminat mahupun petani yang menghadapi sebarang masalah pertanian.
Aktiviti yang dijalankan oleh DynaTech Solutions adalah:
i. Jualan set alatan fertigasi
ii. Jualan set alatan hidroponik
iii. Jualan baja fertigasi dan hidroponik
iv. Khidmat nasihat pertanian moden
v. Krusus bagi teknologi penanaman secara fertigasi dan hydroponik
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, gelintar
Hidroponik (berasal daripada perkataan Greek hydro iaitu air dan ponos iaitu bekerja) adalah kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akarpohon ke dalam air baja (nutrien) tanpa mengunakan tanah. Kaedah ini menggunakan bahan seperti bulu mineral, sabut kelapa, pasir, batu bata pecah, habuk kayu dan lain-lain menggantikan tanah.
Penanaman secara hidroponik dilakukan oleh individu sebagai hobi dan juga secara besar-besaran untuk tujuan komersil. Di negara Singapura misalnya, oleh kerana kekurangan tanah, bumbung-bumbung bangunan dijadikan tempat untuk menanam sayur-sayuran seperti bak choy, sawi, kailan dan bayam di mana semuanya menggunakan kaedah hidroponik. Begitu juga, untuk penerokaan angkasa lepas, angkasawan boleh bercucuk tanam sayur-sayuran di dalam kapal angkasa. Kaedah yang sama digunakan oleh tentera di atas kapal perang, maupun kapal selam. Dengan cara ini mereka tidak perlu membawa bekalan makanan yang banyak, hanya sekadar membawa benih-benih sayur-sayuran dan boleh ditanam semasa dalam perjalanan.
Dalam kaedah hidroponik ini, keseluruhan keperluan nutrien diberikan kepada akar tanaman dalam bentuk larutan. Pokok sebenarnya boleh hidup tanpa tanah. Pokok tidak menyerap tanah sebagai makanan tetapi mengambil zat makanan/nutrien yang tersembunyi dalam tanah.
Hidroponik sebenarnya bertujuan untuk membolehkan zat-zat makanan atau nutrien yang diperlukan oleh tanaman diambil terus melalui larutan nutrien yang tersedia. Hidroponik merupakan kaedah/teknik pengeluaran sayur-sayuran moden yang dianggap baru di Malaysia.
Akibat kegawatan ekonomi yang melanda negara sejak pertengahan tahun 1997 dan sekarang ini, berbagai kempen telah dijalankan oleh kerajaan agar rakyat menanam sayuran bagi menampung keperluan harian serta menjimatkan perbelanjaan dapur. Kaedah yang mudah dan berkesan yang disyorkan ialah kaedah Hidroponik.
Di Malaysia, pengeluaran hasil hidroponik secara komersil masih diperingkat kecil kecilan. Belum ada lagi pengeluar yang besar yang menguasai pasaran atau industri hidroponik setakat ini. Produk hidroponik masih kurang atau tiada langsung di pasaran di beberapa tempat setakat ini. Hasil keluaran hidroponik sebenarnya dijamin bebas daripada sisa racun kulat atau serangga. Ianya selamat dan menjadi pilihan bagi mereka yang mementingkan kesihatan.
SEJARAH
Mengikut sejarah, kaedah ini telah lama digunakan sejak kurun ke-16 Masihi. Taman Tergantung Babylon dipercayai telah menggunakan hidroponik ini sebagai satu kaedah penanaman tanaman. Pada tahun 1937, W.F. Gericke dari Pusat Penyelidikan Pertanian California, Amerika Syarikat telah memperkenalkan kaedah ini secara komersil. Sejak itu sistem hidroponik ini diperkembang dan diperkemaskan dengan pelbagai teknik yang direka khas sesuai untuk tujuan komersil.
KELEBIHAN HIDROPONIK
Hidroponik ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan sistem penanaman biasa yang menggunakan tanah seperti berikut:
1. Sistem ini boleh dipraktikkan pada kawasan yang tidak sesuai untuk penanaman secara biasa seperti tanah bertoksik, padang pasir, pangsapuri dan lain-lain.
2. Sayur-sayuran akan cepat tumbuh dan mengeluarkan hasil yang berkualiti tinggi.
3. Bersih dan bebas daripada sebarang racun makhluk perosak.
4. Tidak perlu merumpai, menyiram dan mencangkul.
5. Penggunaan air dan baja yang terkawal dan efisien, pembaziran tidak berlaku kerana air baja sentiasa dikitar semula.
6. Pulangan hasil seunit kawasan bagi seunit masa adalah tinggi.
7. Tidak memerlukan tanah sebagai media tanaman walau sedikit pun.
8. Akar pokok boleh dipantau dengan cara mengangkat pasu dan melihat akarnya.
9. Tidak perlu menyiram baja setiap hari.
10. Hasil tanaman boleh di makan keseluruhanya, sebab akarnya bebas dari kotoran dan penyakit.
11. Penyakit pokok tanaman dapat dikurangkan kerana banyak penyakit akar/pokok berpunca dari kandungan tanah.
12. Pengusaha secara komersial tidak memerlukan tenaga pekerja utk tugasan menyiram.
13. Kaedah ini sangat praktikal serta mudah dijalankan.
14. Kawasan tidak menjadi masalah utama kerana kaedah ini hanya memerlukan perancangan serta penyusunan bekas takungan yang sistematik.
15. Penjagaan tanaman bagi kaedah ini sangat minima tanpa memerlukan pekerja yang ramai walaupun di komersilkan.
16. Kerja berat yang membebankan dapat dikurangkan.
17. Penggunaan air dapat dijimatkan.
18. Hasil keluaran kaedah ini bermutu tinggi melalui kawalan baja yang sistematik.
19.Serangga/makhluk perosak/penyakit sangat senang dikawal dan dielakkan tanpa menggunakan racun yang berbahaya.
20. Tiada racun digunakan, oleh itu pengguna tak perlu bimbang tentang keracunan makanan .
21. Kalau dikomersilkan, kaedah ini memberi pulangan yang sangat lumayan kerana peningkatan penggunaan serta penerimaan ramai terhadap hasil yang bermutu ini.
22. Penanaman boleh dilakukan pada bila bila masa tanpa mengira musim.
23. Masa menanam yang pendek ( 3 minggu sehingga 6 minggu) - lebih pusingan tanaman dalam setahun.
24. Hasil tanaman adalah dianggap "Value for Money"- sedikit modal dengan keuntungan yang berganda kerana alatan boleh digunakan untuk jangka panjang.
25. Kemahiran serta pengetahuan dalam bidang pertanian bukan merupakan syarat utama untuk menjalankan kaedah ini.
26.Semua golongan (kanak-kanak atau dewasa) boleh menjalankan aktiviti penanaman melalui kaedah ini.
27. Boleh mengeratkan ikatan kekeluargaan jika dilakukan bersama. Setiap ahli keluarga mengerjakan takungan masing masing sambil bersaing untuk mendapatkan hasil terbaik.
28. Tidak menggunakan tenaga elektrik atau alatan yang mahal.
29. Tiada bau yang tidak menyenangkan seperti bau najis binatang, baja asli dsbnya.
30. Alam sekitar lebih bersih dan harmoni. Kaedah ini MESRA ALAM.
KELEMAHAN HIDROPONIK
1. Tanaman boleh mati dengan cepat jika sistemnya gagal.
2. Tumbuhan yang ditanam secara hidroponik selalunya lebih mahal daripada yang ditanam biasa.
Oleh itu, apa tunggu lagi, marilah sama-sama kita mulakan kaedah ini.
Kalau dah bersedia dan ingin mencuba hubungi kami segera:-
Bersyukur kepada mu Ya ALLAH kerana hamba mu telah diuji untuk melalui liku-liku kehidupan yang penuh dengan suka dan duka. Dengan ujian ini hamba mu sentiasa tabah, sabar, tawakal dan dapat meneruskan kehidupan ini dengan rasa syukur dan redha diatas peringatan mu Ya ALLAH.
Syukur pada mu Ya Allah.
Untuk membeli satu set tersebut harga adalah seperti berikut : RM 45.00 manakala kos pengantaran sebanyak RM 13.00 melalui pos di semenangjung Malaysia dan RM 18.00 jika di Sabah & Sarawak. Untuk makluman berat satu set adalah kira-kira 1.33 kg. Sila semak kadar caj poslaju di http://www.pos.com.my/.
Pembelian 5 unit dan keatas akan mendapat diskaun penghantaran sebanyak 50% (RM 5.00) untuk setiap set. Sila pastikan alamat yang betul dan bukan alamat pos berdaftar.
Sila berikan no transaksi / slip bank, Bank Islam melalui email atau SMS setelah pembayaran dibuat untuk membolehkan penghantaran produk melalui POSLAJU dan masa 2-3 (semenanjung ) / 7 (sabah & sarawak) hari ke alamat anda. Sekian, terima kasih.
HUBUNGI KAMI
Adam Agro Enterprise
(PG0304872-H)
No. 1043 Kampung Sungai Tok Tuntong, Nibong Tebal 14310, Seberang Perai Selatan, Penang