Tuesday 28 April 2009

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN




BAGAIMANA SET KAZZPONIK DAPAT MEMBANTU DALAM KEMELESETAN EKONOMI?


Pertama sekali yang anda perlu tahu tentang set Kazzponik ini adalah apakah sumbangan yang telah Syarikat Kazz Hidroponik beri secara tidak langsung kepada anda, dan ekonomi negara.

1.Set Kazzponik menjimatkan perbelanjaan dapur anda.

Ramai yang tidak tahu bahawa sebahagian daripada wang kita dihabiskan untuk membeli barangan untuk dapur. Purata perbelanjaan sayur yang dihabiskan sehari menurut kajian adalah sebanyak RM4.00. Ini termasuk untuk makan tengahari dan makan malam. Jika yang bekeluarga, jumlah itu pastinya lebih daripada itu. Jadi, jika dikira perbelanjaan untuk sebulan, ianya boleh mencecah RM120.00. Manakala untuk setahun, ianya boleh mencapai RM1440.00. Itu Cuma untuk perbelanjaan sayur-sayuran sahaja. Jika dicampur dengan barangan dapur yang lain, seperti gula, garam, minyak, buah-buahan, serta bahan-bahan masakan lain jumlah itu pasti lebih banyak dari yang dijangka.

Justeru itu, dengan menanam sendiri di rumah, anda boleh menjimatkan 30% perbelanjaan dapur anda. Misalnya dengan menanam sendiri cili menggunakan kaedah ini, anda tidak perlu lagi membeli cili di pasar. Buah-buahan seperti tembikai juga pernah ditanam menggunakan kaedah ini dan ternyata ianya membuahkan hasil yang memuaskan. Jadi, cubalah set Kazzponik untuk menanam buah-buahan kegemaran anda sendiri tanpa perlu lagi membeli buah-buahan di pasar.

Berdasarkan kajian-kajian yang kami perolehi:
Hampir 95% pengguna terlibat dalam pembelian terdesak. Kurang daripada 32% pengguna menggunakan dan menyediakan senarai belian sebelum membeli. Dalam pembelian terdesak yang tidak dirancang, barang yang dibeli adalah tidak termasuk dalam kategori penting ataupun menjadi keperluan kepada pembeli tersebut. Jadi, kemungkinan besar bahawa barangan yang dibeli melebihi perbelanjaan yang sepatutnya. Sekiranya anda membeli sayur-sayuran dalam keadaan terdesak tanpa perancangan pastinya anda terbeli sayur-sayuran yang tidak termasuk dalam menu harian anda. Ini pastinya menyebabkan pembaziran secara tidak langsung. Dengan Set Kazzponik ini, anda sudah tahu sayuran apa yang anda inginkan dan Cuma perlu menuainya di depan dengan mudah.

Pengguna biasanya membayar bil-bil yang diterima sebelum pergi membeli belah. Bagaimana sekiranya bil-bil yang dibayar itu melebihi perbelanjaan dapur anda, tentunya anda terpaksa menghadkan perbelanjaan dapur anda pula. Justeru dengan adanya Set Kazzponik ini, anda tidak perlu risau lagi kerana sebahagian daripada perbelanjaan dapur anda telah dijimatkan dengan penanaman sayuran sendiri di rumah. Jika hendak dikira pada kos yang terlibat untuk membeli Set Kazzponik ini, ia tidaklah memakan kos yang tinggi jika dibandingkan dengan tanaman tanah.

Ianya kerana baja hidroponik yang terdapat dalam set ini boleh digunakan untuk 10 kali tanaman dan ianya ternyata menjimatkan. Jika pertama kali anda membeli set ini, anda boleh menanam tanaman kegemaran anda 10 kali. Sekiranya baja hidroponik tadi sudah habis, ianya boleh dibeli semula dan Cuma memakan kos sebanyak RM20.00 sahaja. Pertama kali anda membeli set Kazzponik ini, anda Cuma perlu membayar RM45.00 untuk satu set. Selepas sebulan lebih anda sudah boleh mendapatkan hasil tanaman dan satu set takungan boleh menghasilkan 1,500 gram sayuran.

2.Set Kazzponik menjamin kesihatan anda.


Bagaimana kami begitu pasti untuk memberi jaminan kepada kesihatan anda? Kami ada bukti yang menunjukkan set Kazzponik ini adalah baik untuk kesihatan terutamanya dari segi penggunaan baja dan racun. Baja hidroponik yang digunakan untuk set Kazzponik ini merupakan pengalaman pemilik Kazz Hidroponik dalam bidang agriculture ini. Beliau telah mengkaji dan menemui formula yang tidak akan memberi kesan yang buruk kepada alam sekitar.

Tahukah anda? Kebanyakkan makanan yang kita makan hari ini adalah tercemar. Malah sayur-sayuran dan buah-buahan yang selalu dibeli dipasar tidak lagi terjamin kualiti dan kebersihannya kerana kebanyakkan logam berat seperti Kadmium terdapat dalam sayur-sayuran dan buah- buahan (dari tanah). Kesannya, ia membantut perkembangan pemikiran dan fizikal terutama pada kanak-kanak. Jika dari kecil lagi kanak-kanak memakan sayur-sayuran dan buah-buahan yang telah tercemar, bayangkan apa yang akan terjadi padanya apabila besar kelak.

Ianya adalah disebabkan oleh penggunaan racun serangga oleh para petani mahupun pengusaha ladang dan kebun. Secara tidak langsung, penggunaan racun serangga tersebut telah menyebabkan pencemaran tanah serta mengurangkan kualiti tanah Pencemaran tanah ini juga telah menyebabkan haiwan di bawah tanah ataupun apa-apa sahaja hidupan di bawah tanah. Ini kerana racun serangga yang disembur masuk dan berkumpul di dalam tanah akan membunuh haiwan-haiwan tersebut.

Bagaimana untuk mengelak daripada kesan pencemaran tanah? Set Kazzponik memberi kesan semulajadi kepada tanaman yang ditanam. Ianya tidak mencemarkan alam sekitar dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi seperti tanaman di atas tanah. Justeru itu, Kazzponik adalah peluang terbaik anda untuk mendapatkan jaminan kesihatan yang lebih baik.

3.Set Kazzponik memberi peluang untuk berniaga.


Kami juga menawarkan peluang perniagaan kepada sesiapa dengan menjadi pengedar bagi Kazz Hidroponik. Dengan adanya peluang begini kami berjaya mengurangkan masalah penggangguran di samping membantu para petani mendapatkan hasil yang lebih baik dalam pertanian mereka.
Sekiranya menjadi pengedar, kami akan bekalkan anda dengan 13 set Kazzponik berserta dengan cd penanaman dan banting melalui pakej RM500.00. Banyak manfaat yang anda dapat dengan set Kazzponik ini contohnya jika anda menjual semula set Kazzponik ini, anda akan mendapat pulangan lumayan kerana pelanggan-pelanggan kami terdiri daripada seluruh masyarakat Malaysia. Kami akan namakan anda sebagai pengedar sekiranya terdapat pelanggan yang ingin membeli Set Kazzponik di kawasan berdekatan anda. Contohnya sekiranya anda tinggal di kawasan Selangor, pelanggan dari Kuala Lumpur dan Selangor akan kami rujuk kepada anda untuk membeli set Kazzponik ini.

Di Malaysia sahaja peluang pekerjaan telah terbuka kepada 35% penduduk Malaysia (melebihi 2 juta orang penduduk Malaysia untuk terlibat dalam pertanian). Justeru, dengan pengenalan set Kazzponik ini dapat membantu pengusaha pertanian untuk mencuba menanam menggunakan kaedah ini.

4.Set Kazzponik memberi hasil yang lebih baik kepada tanaman.


Percaya atau tidak kaedah menggunakan set Kazzponik ini berjaya menghasilkan tanaman 300% lebih cepat daripada tanaman menggunakan tanah. Kenapa? Kerana dengan nutrien daripada baja yang sedia ada disamping penggunaan air sebagai media pertumbuhan, tanaman menggunakan kaedah ini mampu membesar dengan cepat. Jika tanaman menggunakan tanah, biasanya para petani menghadapi masalah dari segi cuaca, dan kualiti tanah. Secara tak langsung masalah ini akan menjejaskan pengeluaran hasil tanaman.

Tanpa kita sedari, kebanyakkan para petani mengambil inisiatif mudah untuk menyuburkan tanaman dan mengelakkan serangan serangga dengan menyembur racun serangga yang memang terbukti menjejaskan alam sekitar dan kesihatan manusia. Justeru dengan set Kazzponik ini, hasil tanaman anda akan terjamin kebersihannya.

5.Set Kazzponik membantu ekonomi Negara.


Kenapa kami berani mengakui bahawa produk hidroponik ini membantu ekonomi negara? Tahukah anda bidang pertanian menyumbang kira-kira 45% daripada pendapatan negara. Keadaan semasa terutamanya ekonomi dunia yang mengalami kejatuhan baru-baru ini telah membuatkan ramai mengeluh. Justeru itu berbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan Malaysia termasuk mengurangkan import bahan makanan dari luar negara demi mengurangkan perbelanjaan negara. Apa pula sumbangan Kazz Hidroponik dalam bidang ini? Sebenarnya kami membantu para petani dari segi pertanian komersil untuk mendapatkan hasil tanaman yang lebih cepat membesar dan bersih. Misalnya dengan memberi peluang kepada para petani tempatan untuk mencuba set Kazzponik ini, para petani boleh menanam tanaman komersil seperti cili, pegaga, lobak, tembikai, pisang dan sebagainya. Jadi, dengan pengenalan kepada kaedah ini kepada para petani, negara kita dapat meningkatkan hasil pengeluaran hasil tanaman dan boleh digunakan untuk dieksport ke luar negara.

Ini fakta-fakta berkenaan kepentingan bidang pertanian kepada ekonomi Malaysia yang secara tidak langsung memberi manfaat kepada Kazz Hidroponik Domestik. Pertanian juga menyebabkan Malaysia menjadi pengekspot utama bagi getah dan minyak kelapa sawit dunia. Membekalkan bahan makanan seperti beras, sayur-sayuran, buah-buahan, kopi dan sebagainya.

Hampir 1/4 daripada pertukaran wang asing datangnya daripada hasil pertanian (hasil ekspot kelapa sawit, getah, lada hitam, nanas, kelapa kering).
Pertanian menggalakkan perkembangan sektor industri pemprosesan hasil pertanian.
Mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan penduduk Malaysia terutamanya di kawasan luar bandar.

6.Set Kazzponik mengurangkan kadar penggunaan tanah dan menjimatkan ruang.

Jika dahulu, ramai yang berfikir sukar untuk menanaman sendiri di rumah kini masalah itu dapat kami atasi dengan memperkenalkan set Kazzponik ini. Apa yang jelas, kami dapat mengatasi masalah ketiadaan tanah terutamanya bagi masyarakat di kawasan bandar. Masyarakat di bandar juga boleh bertani menggunakan kaedah ini dengan hanya meletakkan set Kazzponik ini di balkoni,berandah, ataupun di mana-mana kawasan rumah. Bagi masayarakt urban yang tinggal di flat, kondominium, pangsapuri dan sebagainya pastinya mereka tidak mempunyai ruang untuk bercucuk tanam. Jadi, set Kazzponik ini adalah amat sesuai bagi mereka.


DISAMPING MENJIMATKAN SET KAZZPONIK JUGA BOLEH MEMBANTU KESIHATAN KELUARGA ANDA,IA JUGA MEMBERI ANDA PELUANG UNTUK MENCEBURI DUNIA PERNIAGAAN PERTANIAN.

APA YANG ANDA TUNGGU LAGI?
HUBUNGI KAMI UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT LAGI DI:
012 - 460 2318 / 017 - 508 0854 En. Nasir
Tel/fax : 04-398 7510 - Cik Sue (PEJABAT)
EMAIL: mnasir2020@gmail.com

No comments:

Post a Comment