Monday, 27 April 2009

3T - TANAM - TINGGAL - TUAI






Untuk para pengunjung dihuraikan serba sedikit kaedah hidroponik yang mungkin boleh dimanfaatkan bersama. Semuga kaedah ini akan dapat membantu anda memulakan hobi bercucuk tanam. Kaedah mudah ini tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak. Apa yang penting ialah minat, sedikit kesungguhan / ketekunan serta kesabaran. InsyaALLAH hasil akan dapat dinikmati dalam masa sekurang kurangnya 3 minggu hingga 5 minggu mengikut jenis sayur yang ditanam. Kami menamakan kaedah ini sebagai KAEDAH 3 T Kenapa?

Senangsaja, kerana ianya memerlukan 3 perkara asas:


PERTAMA - TANAM


KEDUA - TUNGGU


KETIGA - TUAI



PERALATAN DAN PETUA PENYEDIAAN KAEDAH HIDROPONIK 3T

PERALATAN asas HIDROPONIK



1) Takung Hidroponik (43x35x13cm) - samada siap pasang dari kedai alat perkebunan atau dibeli secara terus dari kami.


2) Penutup Takung (Polystyreen) - tebal lebih kurang 3cm


3) 8 biji Bakul Media - seperti bekas bunga telur plastik


4) Media : Benang/Span/Rockwool


5) Baja Hidroponik - cecair dan biji


6) Satu Cawan Penyukat Baja (250 ml)


7) Dua jenis Biji Benih - pilihan sendiri


*Untuk perhatian tuan-tuan dan puan-puan sekelian pihak kami membekal/mengedar/menjual set lengkap hidroponik adalah seperti diatas. Jika permintaan alatan berasingan seperti takung, polystyrene, bakul media dan media (benang) boleh juga dibeli secara berasingan dari kami jika perlu. Dengan sedikit usaha (Do-It-Yourself), kita boleh menyiapkan satu takungan yang lengkap dengan hanya membelanjakan sebanyak RM 45.00 sahaja (Hubungi kami untuk keterangan lanjut). Oleh itu, kenapa tidak cuba buat sendiri? Pasti menggembirakan.



PENYEDIAAN BAJA HIDROPONIK DAN CARA MENANAM

Bekas takungan yang siap diisi dengan benih sayuran

Petua Pertama


1. Masukkan air dalam bekas takungan separas 3 suku bekas atau lebih kurang 20 liter.
Peringatan:* Jika air paip atau air dari tangki yang hendak digunakan untuk penyediaan larutan baja hidroponik, biarkan air tersebut didalam bekas takungan semalaman supaya bebas dari klorin. Air hujan juga boleh digunakan tetapi sebaik baiknya mengambil air itu selepas pertengahan hujan untuk mengelakkan daripada ianya mengandungi bahan-bahan asid /toksid yang boleh membantutkan tanaman.
2. Baja hidroponik kemudiannya dilarutkan didalam 5 liter air dan kacau hingga sebati.




Petua Kedua


1. Sediakan 20 liter air dan masukkan kedalam bekas takungan hidroponik.
2. Ceduk 500 ml larutan baja hidroponik yang dilarutkan tadi dengan cawan penyukat yang bersaiz 250 ml sebanyak 2 cawan dan campurkan kedalam takungan hidroponik yang diisikan dengan 20 liter air tadi.
3. Kacau hingga sebati.
4. Tutup takung dengan penutup takung yang disediakan.
*Baki larutan baja yang telah dibancuh tadi hendaklah disimpan dalam bekas bertutup dan ia boleh digunakan untuk tanaman seterusnya. Jangan dedahkan kepada cahaya matahari.




Petua Ketiga


1. Media: Benang atau bahan yang boleh menyerap air diletakkan didalam bakul semaian sebagai media percambahan biji benih.
2. Tarik dan juntaikan benang tersebut melalui lubang dibawah bakul supaya menjadi sumbu lebih kurang 5 sm. untuk menyerap larutan baja hidroponik. Pastikan setengah cawan benang masih terdapat dalam cawan.
3. Celup atau rendamkan bakul yang berisi media tadi ke dalam air larutan baja untuk melembabkan media bagi memudahkan proses percambahan.
4. Masukkan bakul media di setiap lubang penutup takungan hidroponik. Pastikan sumbu benang terendam dalam air larutan baja hidroponik supaya ia dapat menyerap baja.



Petua Keempat


1. Memasukkan benih sayuran ke dalam bakul media
2. Masukkan 3 atau 4 biji benih diatas benang dalam setiap bakul media. Pastikan biji benih basah supaya senang bercambah.
3. Selepas 3 atau 4 hari, jika tidak berlaku percambahan, tukarkan dengan biji benih yang lain. Jika semua biji benih tersebut bercambah selepas 6 hari, tinggalkan cuma 2 pokok sahaja pada setiap bakul media bagi pertumbuhan seterusnya.
Kini anda telah sedia untuk memulakan tanaman hidroponik.



Petua Kelima


1. Letakkan set hidroponik ditempat yang sesuai seperti ditepi rumah(koridor), beranda, patio, porch atau di bawah 'greenhouse' .
2. Pastikan ia mendapat cahaya matahari yang cukup sekurang-kurangnya separuh hari samada pagi atau petang.
E3. lakkan daripada air hujan terus masuk kedalam takungan hidroponik kerana ia akan menganggu campuran larutan air dan baja.(Air yang berlebihan akan mengurangkan keberkesanan baja terhadap tumbuhan) .





Perhatian

1. Pastikan lubang bakul media ditutup rapat untuk mengelakkan kemasukan dan pembiakan nyamuk ke dalam bekas takungan.


2. Selepas 3 minggu atau bila air kelihatan berkurangan, tambahkan air (tanpa baja) ke dalam takung. Paras air mestilah tidak melebihi 1/2 daripada takung.


3. Oleh kerana jangkamasa matang bagi setiap jenis sayur berlainan, hanya satu jenis tanaman/benih bagi setiap takungan disyorkan.

Contoh:
Jenis Sayuran Jangkamasa matang
Kangkong 3 minggu
Sawi 4 minggu
Cili 6 minggu
Bayam 4 minggu


4. Biarkan tanaman anda sehingga 4 ke 5 minggu untuk dipungut hasilnya mengikut jenis tanaman tanpa perlu menambahkan larutan baja dan menyiram.

5. Setelah dipungut hasil, basuh takungan, penutup dan bakul media. Gantikan benang dan gunakan semula baki larutan baja yang disimpan dahulu untuk penanaman baru Air baja yang telah digunakan boleh dicurah / disiram pada pokok bunga atau tanaman lain kerana masih ada lagi saki baki baja .


6. Jika larutan baja terlalu pekat, daun akan menjadi hijau tua, melengkung/kerinting, daun tebal dan rapuh. Jika larutan terlalu cair, pokok akan terencat / bantut dan lambat membesar, daun akan kekuningan nipis dan tidak melengkung. Bayam, Sawi dan Kailan mudah ditanam
Sayuran ditanam secara berperingkat untuk bekalan yang berterusan


MASALAH YANG BIASA DIHADAPI


KEKURANGAN UNSUR PEMAKANAN TUMBUHAN


Disebabkan oleh :
Suhu larutan nutrien yang meningkat.
Suhu yang sesuai adalah diantara 25°C - 29°C
Sumbu media tidak mencecah air baja.



GANGGUAN FIZIKAL KEPADA TUMBUHAN


Disebabkan oleh :
Kedudukan tanaman yang tidak stabil / seimbang.
Sokongan yang kurang kuat.
Tiupan angin.
Serangan ulat
Kurang mendapat cahaya matahari.



Apa sekali pun, jika anda bertekun dan sering mengambil perhatian terhadap tanaman anda, insyaALLAH hasil yang membanggakan akan didapati akhirnya.







Untuk membeli satu set tersebut harga adalah seperti berikut : RM 45.00 manakala kos pengantaran sebanyak RM 13.00 melalui pos di semenangjung Malaysia dan RM 18.00 jika di Sabah & Sarawak
Untuk makluman berat satu set adalah kira-kira 1.33 kg. Sila semak kadar caj poslaju di http://www.pos.com.my/. Pembelian 5 unit dan keatas akan mendapat diskaun penghantaran sebanyak 50% (RM 5.00) untuk setiap set.
Sila pastikan alamat yang betul dan bukan alamat pos berdaftar. Sila berikan no transaksi / slip bank, Maybank / Maybank2u anda melalui email atau SMS setelah pembayaran dibuat untuk membolehkan penhantaran produk melalui POSLAJU dan masa 2-3 (semenanjung ) / 7 (sabah & sarawak) hari ke alamat anda.
Sekian, terima kasih.
DynaTech Solutions Enterprise
Permatang Pauh
Penang
Tel/Fax : 04-398 7510 - Cik Sue
H/p : 012-460 2318 / 017-508 0854 - En. Nasir

10 comments:

  1. saya berminat nak cuba ? boleh email saya akaun bank ?

    ReplyDelete
  2. Sy berminat.. 017 6877223 boleh bg no acc ..

    ReplyDelete
  3. Sy berminat.. 017 6877223 boleh bg no acc ..

    ReplyDelete
  4. Sy nak beli rockwool mcmana caranya dan brp harga..pm 0133522334

    ReplyDelete
  5. Sy nak beli rockwool mcmana caranya dan brp harga..pm 0133522334

    ReplyDelete
  6. Saya nak beli rockwool,sila beri detail
    0195226261 atau email. .musan_99@yahoo.com

    ReplyDelete
  7. saya brminat..blh saya tahu dkt mana baja air ni ada di jual di area kuching?

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum saya nak beli satu set hidroponik tak termasuk baja, berapa RM ya?

    ReplyDelete