Monday, 13 April 2009

MENGENAI SYARIKAT





DynaTech Solutions Enterprise adalah sebuah syarikat yang dikorporatkan pada 2008. Berdaftar dengan Kementerian Kewangan sebagai kontraktor bertaraf Bumiputera dalam bidang bekalan dan perkhidmatan berkaitan pertanian, penternakan dan perikanan.


Objektif penubuhan DynaTech solutions ialah memberi perkhidmatan dan membantu kepada pembangunan pertanian berasaskan teknologi terkini dengan kaedah tanaman secara pertanian moden terutamanya fertigasi dan juga hidroponik, melahirkan usahawan tani baru melalui program latihan yang ditawarkan, mewujudkan pusat sentralisasi hasil keluaran petani dan juga menawarkan khidmat nasihat kepada yang berminat mahupun petani yang menghadapi sebarang masalah pertanian.


Aktiviti yang dijalankan oleh DynaTech Solutions adalah:


i. Jualan set alatan fertigasi

ii. Jualan set alatan hidroponik

iii. Jualan baja fertigasi dan hidroponik

iv. Khidmat nasihat pertanian moden

v. Krusus bagi teknologi penanaman secara fertigasi dan hydroponik

vi. RnD pertanian moden

vii. Pembekal dan pengedar EM-Effective Microorganisms



APAKAH HIDROPONIK ??


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar

Hidroponik (berasal daripada perkataan Greek hydro iaitu air dan ponos iaitu bekerja) adalah kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pohon ke dalam air baja (nutrien) tanpa mengunakan tanah. Kaedah ini menggunakan bahan seperti bulu mineral, sabut kelapa, pasir, batu bata pecah, habuk kayu dan lain-lain menggantikan tanah.


Penanaman secara hidroponik dilakukan oleh individu sebagai hobi dan juga secara besar-besaran untuk tujuan komersil. Di negara Singapura misalnya, oleh kerana kekurangan tanah, bumbung-bumbung bangunan dijadikan tempat untuk menanam sayur-sayuran seperti bak choy, sawi, kailan dan bayam di mana semuanya menggunakan kaedah hidroponik. Begitu juga, untuk penerokaan angkasa lepas, angkasawan boleh bercucuk tanam sayur-sayuran di dalam kapal angkasa. Kaedah yang sama digunakan oleh tentera di atas kapal perang, maupun kapal selam. Dengan cara ini mereka tidak perlu membawa bekalan makanan yang banyak, hanya sekadar membawa benih-benih sayur-sayuran dan boleh ditanam semasa dalam perjalanan.


Dalam kaedah hidroponik ini, keseluruhan keperluan nutrien diberikan kepada akar tanaman dalam bentuk larutan. Pokok sebenarnya boleh hidup tanpa tanah. Pokok tidak menyerap tanah sebagai makanan tetapi mengambil zat makanan/nutrien yang tersembunyi dalam tanah.


Hidroponik sebenarnya bertujuan untuk membolehkan zat-zat makanan atau nutrien yang diperlukan oleh tanaman diambil terus melalui larutan nutrien yang tersedia. Hidroponik merupakan kaedah/teknik pengeluaran sayur-sayuran moden yang dianggap baru di Malaysia.


Akibat kegawatan ekonomi yang melanda negara sejak pertengahan tahun 1997 dan sekarang ini, berbagai kempen telah dijalankan oleh kerajaan agar rakyat menanam sayuran bagi menampung keperluan harian serta menjimatkan perbelanjaan dapur. Kaedah yang mudah dan berkesan yang disyorkan ialah kaedah Hidroponik.


Di Malaysia, pengeluaran hasil hidroponik secara komersil masih diperingkat kecil kecilan. Belum ada lagi pengeluar yang besar yang menguasai pasaran atau industri hidroponik setakat ini. Produk hidroponik masih kurang atau tiada langsung di pasaran di beberapa tempat setakat ini. Hasil keluaran hidroponik sebenarnya dijamin bebas daripada sisa racun kulat atau serangga. Ianya selamat dan menjadi pilihan bagi mereka yang mementingkan kesihatan.


SEJARAH


Mengikut sejarah, kaedah ini telah lama digunakan sejak kurun ke-16 Masihi. Taman Tergantung Babylon dipercayai telah menggunakan hidroponik ini sebagai satu kaedah penanaman tanaman. Pada tahun 1937, W.F. Gericke dari Pusat Penyelidikan Pertanian California, Amerika Syarikat telah memperkenalkan kaedah ini secara komersil. Sejak itu sistem hidroponik ini diperkembang dan diperkemaskan dengan pelbagai teknik yang direka khas sesuai untuk tujuan komersil.



KELEBIHAN HIDROPONIK




Hidroponik ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan sistem penanaman biasa yang menggunakan tanah seperti berikut:


1. Sistem ini boleh dipraktikkan pada kawasan yang tidak sesuai untuk penanaman secara biasa seperti tanah bertoksik, padang pasir, pangsapuri dan lain-lain.

2. Sayur-sayuran akan cepat tumbuh dan mengeluarkan hasil yang berkualiti tinggi.

3. Bersih dan bebas daripada sebarang racun makhluk perosak.

4. Tidak perlu merumpai, menyiram dan mencangkul.

5. Penggunaan air dan baja yang terkawal dan efisien, pembaziran tidak berlaku kerana air baja sentiasa dikitar semula.

6. Pulangan hasil seunit kawasan bagi seunit masa adalah tinggi.

7. Tidak memerlukan tanah sebagai media tanaman walau sedikit pun.

8. Akar pokok boleh dipantau dengan cara mengangkat pasu dan melihat akarnya.

9. Tidak perlu menyiram baja setiap hari.

10. Hasil tanaman boleh di makan keseluruhanya, sebab akarnya bebas dari kotoran dan penyakit.

11. Penyakit pokok tanaman dapat dikurangkan kerana banyak penyakit akar/pokok berpunca dari kandungan tanah.

12. Pengusaha secara komersial tidak memerlukan tenaga pekerja utk tugasan menyiram.

13. Kaedah ini sangat praktikal serta mudah dijalankan.

14. Kawasan tidak menjadi masalah utama kerana kaedah ini hanya memerlukan perancangan serta penyusunan bekas takungan yang sistematik.

15. Penjagaan tanaman bagi kaedah ini sangat minima tanpa memerlukan pekerja yang ramai walaupun di komersilkan.

16. Kerja berat yang membebankan dapat dikurangkan.

17. Penggunaan air dapat dijimatkan.

18. Hasil keluaran kaedah ini bermutu tinggi melalui kawalan baja yang sistematik.

19.Serangga/makhluk perosak/penyakit sangat senang dikawal dan dielakkan tanpa menggunakan racun yang berbahaya.

20. Tiada racun digunakan, oleh itu pengguna tak perlu bimbang tentang keracunan makanan .

21. Kalau dikomersilkan, kaedah ini memberi pulangan yang sangat lumayan kerana peningkatan penggunaan serta penerimaan ramai terhadap hasil yang bermutu ini.

22. Penanaman boleh dilakukan pada bila bila masa tanpa mengira musim.

23. Masa menanam yang pendek ( 3 minggu sehingga 6 minggu) - lebih pusingan tanaman dalam setahun.

24. Hasil tanaman adalah dianggap "Value for Money"- sedikit modal dengan keuntungan yang berganda kerana alatan boleh digunakan untuk jangka panjang.

25. Kemahiran serta pengetahuan dalam bidang pertanian bukan merupakan syarat utama untuk menjalankan kaedah ini.

26.Semua golongan (kanak-kanak atau dewasa) boleh menjalankan aktiviti penanaman melalui kaedah ini.

27. Boleh mengeratkan ikatan kekeluargaan jika dilakukan bersama. Setiap ahli keluarga mengerjakan takungan masing masing sambil bersaing untuk mendapatkan hasil terbaik.

28. Tidak menggunakan tenaga elektrik atau alatan yang mahal.

29. Tiada bau yang tidak menyenangkan seperti bau najis binatang, baja asli dsbnya.

30. Alam sekitar lebih bersih dan harmoni. Kaedah ini MESRA ALAM.

KELEMAHAN HIDROPONIK

1. Tanaman boleh mati dengan cepat jika sistemnya gagal.

2. Tumbuhan yang ditanam secara hidroponik selalunya lebih mahal daripada yang ditanam biasa.



Oleh itu, apa tunggu lagi, marilah sama-sama kita mulakan kaedah ini.
Kalau dah bersedia dan ingin mencuba hubungi kami segera:-
Nasir Hj Abidin - 012-460 2318
Lot 1584 Jalan Permatang Pauh
13500 Permatang Pauh
Penang

1 comment: